6 Petua Elak Semut Masuk Ke Bekas Simpanan Gula

Semut dan Gula

Gula dan semut tidak dapat dipisahkan. Gula yang mengandungi sukrosa memang menjadi tumpuan semut tidak kira di mana saja berada. Berbanding manis semulajadi dari daun stevia/pokok gula yang mengandungi 0 (kosong) kalori. Ia tidak digemari semut.

Gula amat bahaya jika digunakan secara berlebihan, sehingga tercipta peribahasa yang amat popular iaitu;

Mati semut kerana gula
Ertinya: Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi).

Petua menghalau semut yang biasa digunakan adalah seperti,

Petua 1:
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Petua 2:
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 3:
Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

Petua 4:
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti balang gula, keliling meja dan sebagainya.

Petua 5:
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

Petua 6:
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Beli SEKARANG!!! tunggu

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam