Kisah Benar 1 Botol 10ml Pemanis Semulajadi Stevia

Royal Sweetener Stevia

 Saya ingin berkongsi kisah benar saya sendiri sebagai pengguna.

Saya mengenali pemanis semulajadi ini dari sepupu saya yang berkhidmat sebagai pasukan polis dan tinggal di Johor Bahru. Kami sebenarnya jarang berhubung dan apatah lagi bersua muka. Masing-masing membawa haluan sendiri. Cuma berjumpa dua tahun sekali semasa balik beraya di kampung kami Kg. Moyan Laut yang terletak di daerah Asajaya, Kota Samarahan, Sarawak.

Dulu, ada awal kerjaya sebagai pasukan pengaman, Sepupu saya berbadan tegap. Maklumlah dengan latihan kepolisan yang tinggi, bentuk fizikalnya memang terbaik. Namun selang beberapa tahun, selepas dia mendirikan rumahtangga dan mempunyai cahaya mata. Rupa bentuk memang lari dari ‘allignment’ asal. Saya pun apa kurangnya.. sama juga!! Boroi tapi ‘berharga’. Boroi tanda bahagia, ye tak?

Raya tahun ini, lain pulak ceritanya..

Sepupu saya bentuk perutnya nampak lain pula. Semakin mengecil, tapi saya pula semakin membesar. Faktor makan dan minum yang saya fikirkan.

Saya mula merisik, apa petua dan cara kurangkan perut boroi. Saya Google, cari di blog-blog, baca forum dan akhir sekali tanya Sepupu saya sendiri. Lagi puas hati, jawapan yang lebih tepat dari mulut beliau sendiri.

Jawapannya RINGKAS!!

“SAYA TAK GUNA GULA!! MANIS!! TAK BAIK UNTUK KESIHATAN!!” Lebih kurang begitulah katanya..

Jadi, saya mula curiga, macam mana nak minum nak makan kalau tak manis. Takkan pula minum makan semuanya tawar! Saya selidik lagi.. Hendak tahu jawapan sebenar, bak kata orang “Malu Bertanya, Sesat Jalan”.

Kalau sesat jalan, boleh lagi dikita undurkan gear kereta. Kalau dah semakin boroi, macam mana pula? Boleh reverse ke?

Sepupu saya berterus-terang!

“SAYA GUNA PEMANIS SEMULAJADI DARI DAUN STEVIA!” katanya.

Makinlah saya pelik. Stevia tu apa benda? Rupanya stevia tu pokok yang daunnya manis.

Perasaan pelik dan tanda tanya saya tadi menjadi-jadi! Macam mana pula bentuk daun tu? Di mana nak tanam? Macam mana nak guna?

Jawapannya juga RINGKAS!

“SAYA BAWA STEVIA DALAM BOTOL KECIL!!” katanya. Lalu ditunjukknya sebotol ‘air manis’ stevia.

Oh.. baru saya faham. Ianya EKSTRAK DAUN STEVIA. Ekstrak daun dan air Osmosis terbalik  (R.O Water) sahaja. Memang kecil botolnya. Namun kuasa manisnya 300 LEBIH MANIS DARI GULA. Ditambah kosong (0) Kalori dan banyak lagi kelebihan lain.

Royal Sweetener Stevia

Kandungan Ekstrak Stevia

Akhirnya saya  cuba juga. Nak beli sebotol mahal. Lebih baik ambil PAKEJ SILVER PALING MURAH.

Setelah hampir satu (1) bulan setengah menggunakan sebotol Pemanis Stevia (Royal Sweetener Stevia). Sebotol 10ml pemanis stevia yang saya guna di rumah masih tinggal sedikit dan saya bawa ke pejabat untuk digunakan untuk menambah manis air kosong.

Royal Sweetener Stevia

Tinggal dua botol. Anggaran untuk 3-4 bulan lagi.

Saya dapat rasai beberapa perubahan seperti;

PERUBAHAN #1 – Keadaan perut semakin kurang berlemak. (Senyum sendiri bila berdiri depan cermin).

PERUBAHAN #2 – Tak payah susah payah cari stok gula pasir yang selalu kena sorok penjual. Dari RM2.50 sekilo, stok kurang boleh cecah RM3.20 sekilo. Hebat mainan pekedai. Redha jerlah..

PERUBAHAN #3 – Penggunaan susu pekat manis/Krimier manis memang dah kurang sangat penggunaannya. Sebulan cuma beli 1-2 tin yang kecil sahaja. Dulu seminggu 2-3 tin kecil. Jauh sangat bezanya. (Senyumlah uncle Pakistan kat kedai, laku betul susu tinnya.) Lihat sendiri kandungan dalam setin susu pekat manis.

Royal Sweetener Stevia

Maklumat ‘Khasiat’ Setin Susu Pekat Manis.

PERUBAHAN #4 – Dulu pernah bergaduh dengan isteri tersayang kerana semut banyak di rumah. Pantang tumpah sikit atau bekas gula terbuka, pasti Sang Semut datang berziarah. Sekarang tak ada sebab nak masam muka dengan isteri pasal semut ni semua. Kalau anda masih guna gula pasir dan ada masalah semut, boleh rujuk petua ini, – 6 Petua Elak Semut Masuk Ke Bekas Simpanan Gula

PERUBAHAN #5- Ruang tempat simpan gula pasir semakin jimat. Boleh simpan barang lain di rak yang sediaada kecil tu. (Rumah kecil, rak pun kecil.)

PERUBAHAN #5- Anak bersekolah kini suka bekal air masak. Air masak yang manis! Bukan tawar tau! 1-2 titis pun dah cukup untuk air bekal 1500ml tu. Saya sendiri pun dan mula guna pemanis ni di pejabat. Baki botol pertama ada sikit lagi. Saya dah bawa dan simpan di pejabat. Senang kalau nak guna.

PERUBAHAN #6 – Anak saya sekolah memang suka bekal air manis. Samaada milo, susu atau horlick. Semuanya kena manis. Masalah utamanya selain MANIS, SEMUT, GULA.. adalah CEPAT BASI! Dengan pemanis semulajadi, kadar masa untuk basi dapat dilanjutkan.

Royal Sweetener Stevia

Anak Bongsu Saya Pun Suka Minum Air Manis Ber’Stevia’

PERUBAHAN #7- Dan akhir sekali, kawan-kawan bertanya, botol kecil yang saya bawa ke hulu ke hilir (sejak minggu lepas) tu apa bendanya? Macam ubat luka iodin. Saya “TER..PROMOTE” Pemanis Semulajadi Royal Sweetener Stevia. Promosi bergerak!! Kita guna orang tanya!!

Alhamdulillah, permulaan yang baik untuk saya terus menggunakan produk ini.

Royal Sweetener Stevia

Pilihan Harian Untuk Setiap Bancuhan Minuman

Saya suka, isteri gembira, anak-anak ceria (walaupun gigi dah hilang kerana gula!!)

Beli SEKARANG!!! tunggu

Comments

  1. Mohon penjelasan..
    1. Mengapa produk pemanis royal sweetener Stevia ini tiada logo HALAL dari Jakim dan tiada daftar No. Kementerian kesihatan malaysia?
    2. Dimana alamat kilang pemprosesan produk pemanis stevia ini?

  2. distributor stevia
    20/08/2015 - 8:26 pm

    yang membutuhkan stevia siap konsumsi bisa cek disini
    http://www.distributorstevia.com/2015/02/produk-stevia.html
    melayani partai besar dan kecil juga melayani ekspor

    hubungi :
    Whatsup : 08652824286
    sms/ telfon : 081326233117/ 085225822227

  3. Noraishah Ahmad
    03/08/2015 - 8:23 am

    Assalamualaikom . Jika saya berdaftar keahlian silver, boleh tak diupgrade ke gold / platinum kemudian nanti. Sbb modal skrg mampu yg silver sahaja. Tks.

    • Stevia Manis
      03/08/2015 - 11:36 am

      Waalaikumsalam..
      1 penama cuma boleh daftar sekali sahaja atau 1 pakej sahaja seumur hidup. Tiada upgrade selepas itu.

      Puan boleh daftar pakej silver. Cuma RM140 sahaja.

      Puan boleh daftarkan nama individu lain selepas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam