Herba Untuk Penyakit Kencing Manis

Herba Halba Untuk Kencing Manis

‘‘Setahun yang lalu saya disahkan menghidap kencing manis. Saya sedang mengambil ubat seperti yang disarankan doktor serta mengawal pemakanan serta membuat pemeriksaan gula darah secara berkala. Bacaannya yang diperolehi biasanya tidak melebihi 8.0 mmol/L (tanpa makan). Selain ubat-ubatan, saya ingin mencuba suplemen herba yang dikatakan berkesan untuk mengawal peningkatan paras gula. Apakah yang boleh saya cuba?’’

Jawapan: Diabetes adalah penyakit yang tidak boleh disembuhkan, namun dengan penjagaan dan rawatan yang baik ia boleh dikawal dengan lebih berkesan, seterusnya mengurangkan kesan jangka panjang diabetes. Apabila disahkan menghidap diabetes, pengambilan ubat seperti yang disarankan adalah sangat penting.

Antara herba popular yang telah digunakan sejak sekian lama untuk mengawal peningkatan paras gula termasuklah fenugreek (halba). Halba atau trigonella foenum-graecum telah digunakan secara tradisional sebagai emolien yang mengurangkan keradangan kulit. Pengambilan secara oral akan mengurangkan paras gula darah akibat kesan hipoglisemiknya. Kandungan pentingnya seperti trigolline, komarin dan serat membantu mengurangkan paras gula. (more…)