Hukum Makan Atau Minum Makanan Dan Minuman Yang Bersemut

Semut dan Gula

“JANGAN MINUM ATAU MAKAN SEMUT!! NANTI JADI PELUPA!!”

Itulah yang selalu orang-orang tua pesan. Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika diminum bersama-sama semut tersebut, orang yang meminumnya juga akan menjadi bodoh seperti semut. Padahal semut adalah serangga yang rajin, bekerjasama dan banyak sifat positif yang boleh kita implimentasikan dalam kehidupan kita. Mungkin, banyak persoalan di minda kita sekarang.

Saya hendak kongsikan contoh soalan yang berkaitan.

Soalan Mengenai Minuman/Makanan Dan Semut:

Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan:

Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati

Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup

Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Wallahua’lam
Sumber: Facebook Share

Tunggu Dulu!!

Jika bimbang makanan dan minuman manis menjadi sasaran semut,

Semut dan Gula

JANGAN GUNA GULA PASIR ATAU MANISAN BERASASKAN GULA!!!

Kenapa?

GULA memang MAKANAN SEMUT!! Siapa tak suka MANIS??

Jadi, Saya syorkan guna PEMANIS SEMULAJADI STEVIA untuk elak makanan dan minuman anda menjadi kegemaran semut!! Pemanis ini dari ekstrak daun stevia (0 kalori)! Bukan manis dari ekstrak tebu yang mengandungi glukosa.

Sayangi Diri Anda!! Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati!!

Rujukan Anda Mengenai Pokok Manis/Stevia:

  1. Sejarah Penggunaan Dan Kajian Daun Pokok Stevia
  2. Kelebihan Stevia Atau Pokok Gula
  3. Keburukan Gula Sebagai Pemanis
  4. Daun Stevia Pengganti Gula

Anda boleh cuba produk di bawah!!

Beli SEKARANG!!! tunggu

Comments

  1. Semut yg suka masuk dlm air kosong ni cmna nk elak kan dia masuk? Semut yg halus2 tu..penapis air minum saya dh byk kali bersih kan 2 3 minggu lepas tu mesti nampak ada semut2 halus ni mati hanyut kat dalam tu..apa masalah diorang air kosong pon nak kacau? Sy xda letak gula pon dlm penapis tu..

  2. baguslah ade petua ni..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam