Cara Pengambilan Insulin Yang Betul Bagi Pesakit Kencing Manis

Memilih tapak suntikan:

Untuk memastikan penyerapan insulin yang sempurna,suntikan mesti dibuat ke dalam tisu di bawah kulit (subkutaneus).

Cubit – ke atas

Cara cubit yang betul adalah dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk atau jari tengah untuk mengangkat dermis dan tisu subkut tetapi meninggalkan tisu otot.

Lepaskan cengkaman pada lipatan kulit setelah mengeluarkan jarum suntikan, tisu otot akan terkena jika dilepaskan dengan cepat.

Cara cubitan yang betul dan tidak betul:


Cara cubitan yang betul


Cara cubitan yang tidak betul

Cubitan kulit yang bersih ke atas diantara ibu jari dan jari telunjuk sebelum mencucukkan jarum dengan lembut ke dalam kulit pada sudut 90??.

Pada keadaan tertentu anda tidak dapat mencubit ke atas sekiranya anda pesakit arthritis atau anda anda tidak mahu mencubit ke atas anda.

Jika anda tidak mencubit ke atas anda perlu menyuntik pada sudut 45o untuk mengelakkan terkena otot

Tapak-tapak utama suntikan insulin

Terdapat perbezaan dalam ketebalan subkutaneus di antara bahagian-bahagian tubuh badan yang digunakan untuk menyuntik insulin. Masa yang diperlukan oleh badan untuk menyerap insulin adalah penting. Setiap bahagianbadan mempunyai tahap penyerapan yang berbeza dan untuk memastikan kesan dos insulin yang sama, seseorang itu perlu menyuntik pada bahagian yang sama setiap hari, seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah .

Kecepatan penyerapan

  • Peha – Lambat
  • Lengan – Sederhana
  • Perut – Cepat
  • Pinggul – Lambat

Kesan sampingan biasa insulin: Jantung berdebar-debar, keliru, berdengung dalam telinga, berpeluh dan tisu menjadi keras pada tapak suntikan.

Berbincanglah dengan doktor anda jika anda mengalami kesan sampingan seperti di atas. Jangan sesekali berhenti menggunakan suntikan ini tampa arahan dari doktor.

Terapi bukan-insulin biasanya digunakan bagi Diabetis Jenis II. Rawatan yang sesuai adalah mengawal makanan, senaman dan ubat oral

Video Cara Pengambilan Insulin yang betul

Sumber : http://www.myhealth.gov.my

Beli SEKARANG!!! tunggu

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam